Blogger Backgrounds
inikisahkauakudiamerekadansemuadikelilingkuastoryyouandIheshetheythemandpeopleIlove

Tuesday, May 25, 2010

di mana dia..

-->
Aku menunggu si dia yang mampu mengetarkan jiwa ku..
Dia yang mendebarkan dadaku
Dia yang pertama membuatku resah seharian.
Dia yang aku nantikan selama ini.
Dia yang aku harapakan selama ini.
Dia yang aku idamkan selama ini.
Dia yang membuatkan senyumku melebar.
Dia yang membuatkan jiwaku bergelora.
Dia yang hadir pertama kali membuka hatiku ini.
Dia yang aku angankan..
Dia yang aku impikan.
Dia yang membuat malam malam ku resah..
Dia yang membuatkan hatiku gelisah bila kelibatnya aku lihat
Dia yang membuatkan diriku tak keruan bila dia di depan aku
Dia yang aku tunggu selama ini
Dia yang selalu aku harapakan selama ini
Dia yang mengambil masaku berjam jam lamanya mengisi ruang mindaku kala dinihari.
Dia yang tak pernah tau aku begini bila dengan dia.
Dia yang tak pernah tahu dia yang aku tunggu selama ini.
Dia yang tak pernah nak mengerti yang aku sayang kan dia.
Dia yang selama ini ada dalam hati ku ini..
Dia yang selama ini hanya dia yang aku dambakan.
Dia yang selama ini selalu ada di depan mataku ini.
Tapi kini..
Dia jauh dari aku
Dia tiada lagi di sini.
Dia tiada lagi didepan aku
Dia tiada lagi untuk aku lihat dari jauh.
Dia terlalu jauh kini untuk aku capai. Untuk aku gapai, untuk aku sentuh
Dia kini terlalu asing dengan aku.
Dia kini terlalu berbeza dengan aku kini.
Dia kini seorang yang aku kagumi , seorang yang aku cemburui,
Dia kini lebih meggetarkan jiwaku.
Dia kini lebih memikat hatiku.
Dia kini lebih seorang yang aku dambakan.
Dia kini lebih dari yang aku impikan.
Dia kini begitu sempurna di mata ku.
Teringin sekali aku memberitahunya,
Aku sayangkan dia.
Aku sukakan dia .
Aku inginkan dia.
Aku belum mengerti aku cintakan dia atau tidak.
Kerana aku sendiri masih belum mengerti erti cinta itu.
Tapi yang pasti aku mengharapkan dia menyatakan cintanya untuk aku.
Pasti akan ku ingati selama-lama.