Blogger Backgrounds
inikisahkauakudiamerekadansemuadikelilingkuastoryyouandIheshetheythemandpeopleIlove

Saturday, October 30, 2010

Aku Ingin Bermadu Kasih...

Oh!
apakah nasib yang telah menimpaku ini?
sehingga membuatkan aku terseksa hari ke hari...

disaat insan-insan lain datang mencari aku
mengadu nasib mereka yang tiada teman untuk menemani di sisi
meluahkan isi hati mereka yang inginkan teman ke sana ke mari,
hati aku pula menangis
ingin bersendiri...

Oh!
apakah nasib yang menimpaku ini?
sehingga membuatkan aku terseksa hari ke hari...

seringkali hati ini berteriak sendiri
menangis ia setiap hari mencari-cari
apakah ada waktu untuk aku bersendiri?

Oh!
apakah nasib yang menimpaku ini?
sehingga membuatkan aku terseksa hari ke hari...

ketika insan-insan di dunia
sibuk mencari teman untuk menemani sisi
aku menangis untuk bersendiri
telah lelah hatiku meronta-ronta
aku ingin menyendiri!!!
namun, aku masih di sini
dikelilingi insan-insan yang tidak memahami
isi hati ku ini...

Oh!
apakah nasib yang menimpaku ini?
sehingga membuatkan aku terseksa hari ke hari...

hari demi hari
aku merasakan kekuatan diriku
kian rapuh dimakan waktu
hati yang dulunya dapat merasakan
nikmatnya bersujud di sepertiga malam
kini sering meraung kelemahan

Oh!
apakah nasib yang menimpaku ini?
sehingga membuatkan aku terseksa hari ke hari...

saat-saat bersama insan-insan
aku tidak lagi merasakan rapatnya aku dengan DIA
sebagaimana suatu ketika dulu
yang dapat membuatkan aku lemas
dalam sungai kasih abadi
yang dapat membuatkan aku khayal
di dalam syurga rindu kepada-NYA

Oh!
apakah nasib yang menimpaku ini?
sehingga membuatkan aku terseksa hari ke hari...

memikirkan detik-detik yang berlalu
membuatkan hati aku semakin terseksa
lantaran gagal menghanyutkan bahtera rinduku
ke dalam lautan nikmat rindu kepada-NYA
aku ingin sendirian
lemas di dalam pelukan kasih ILAHI
diselimuti sutera kasih-NYA yang abadi...

Oh!
apakah nasib yang menimpaku ini?
sehingga membuatkan aku terseksa hari ke hari...

aku tidak ingin lemas di dalam gelora lautan usia remaja
yang mungkin mendamparkan aku ke dataran noda dan dosa
tetapi aku ingin membiarkan hati aku
diulit mimpi-mimpi indah bermadu kasih
dalam lazatnya berzikir, bertasbih dan bertahmid memuji-MU
biarpun aku bersama jasad-jasad tua yang bernyawa
asalkan hatiku terasa tenangnya mengingati-MU
biarlah diri aku terseksa menanggung susah dan payah
biarlah ia uzur ditelan zaman dan waktu
biarlah ia hancur dimakan ulat dan cacing
tetapi biarlah hatiku tetap terus leka dan lalai
di dalam buaian zikrullah memuji ILAHI

Oh!
apakah nasib yang menimpaku ini?
sehingga membuatkan aku terseksa hari ke hari...

Ya ALLAH!
bantulah aku dalam membawa bahtera aku
berlayarkan sutera kasih-MU
di dalam lautan rahmat dan nikmat dunia-MU
dan janganlah ENGKAU tenggelamkan aku
bersama mereka yang tewas kerana taufan usia remaja
ke dasar lautan dunia
gelap tanpa cahaya-MU...
source:http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1054-aku-ingin-bermadu-kasih.html

Monday, October 25, 2010

setelah sekian lme...

pejam celik pejam celik dh nak abis sem rupanya. final sebulan walaupon sem ni ambik 4 paper je tuk final exam yg len x da final. owh sabarkanlah hambamu ini. seminggu satu paper. tak tahu la nasib pointer aku sem ni. harap harap jangan la merudum sangat walaupon sebenarnya nak pointer tu nek at least cgpa nek la nnt. aduhai record cpa selama ni dengan kecerunan negatif.. hopefully sem ni kecerunan dia tukar jadi positif la kan..

ni dh hjg sem cm ni assgmnt plak berlumba lumba di beri kepada kiteorg ni. mencabar btul la final sem ni. presentation lagi. asgmnt individual ngan group len len plak tu. nasib badan plak dpt group xxx. huish mcm mne ni nk bagi siap cepat dan faham.

dalam 4 paper ni cam 1 paper je yg mcm nk dpt A yg lagi 3 tu tak tau la nk ckp. yang satu tu pass insyaALLAH la tapi lagi 2 tu susah nak describe. suppose 2 subjek tu blh je score tapi tah dimana silapku. silapnya x balaja la..

Monday, October 4, 2010

if man is the sun, woman is the light of the sun.
if man is the reality, woman is the truth.
if man is the feeling, woman is the voice.
if man is the language, woman are the words.
if man is the noise, woman is the sound.
if man is the knowledge, woman is expression.
if man is the puzzle, woman is the solution.
if man is the passenger, woman is the partner.
if man is the power, woman is the strength.
if man is the journey, woman is destination.
But the fact is both are complement of the byproduct ‘lifecycle’.