Blogger Backgrounds
inikisahkauakudiamerekadansemuadikelilingkuastoryyouandIheshetheythemandpeopleIlove

Monday, March 1, 2010

kitalah juara.....


"setiap hari kita menghirup udara segar,menikmati kesegaran alam dan sebagainya.tetapi kenikmatan yang kita nikmati turut diiringi dengan 1001 cabaran dan dugaan yang baru.selepas satu,pasti akan ada yang muncul seterus,begitulah lumrah alam,lumrah kehidupan.kehidupan ibarat suatu kain putih yang dipenuhi dengan pelbagai corak.warna-warna yang digunakan ibarat segala cabaran dan dugaan dunia.dugaan dari luaran dan yang lebih mencabar dari dalam diri sendiri iaitu NAFSU.

dan ingatlah,pada ketika kita tak mampu untuk meneruskan kehidupan akibat dugaan yang terlampau,ketika kita merasakan hidup kita ibarat orang yang tak berguna,kita berasa lemah,andai kita tak mampu,ingatlah,suatu ketika dahulu,kita pernah menjadi seorang yang hebat.yang mampu mengalahkan segala pesaing-pesaing kita.

mungkin masih ingat ketika kita belajar di sekolah menengah,bagaimana berjuta-juta sperma yang berenang dari pangkal rahim sehingga menembusi ovum.berapa banyak yang TEWAS akibat lemah dan segala ke abnormalan yang lain.dan hanya yang HEBAT sahaja yang mampu menembusi ovum itu.dan yang hebat itu akhirnya berjaya lahir di dunia.ingatlah,kita pernah menjadi seorang yang HEBAT,dan tidak mustahil untuk kita menjadi yang LEBIH HEBAT.

sejarah telah membuktikan dunia untuk orang yang hebat.siapakah yang hebat?

senyumlah,kerana yang hebat itu adalah anda=)

ingatlah,di saat lemah,di saat tidak mampu berdepan dengan satu dugaan,kita sebenarnya pernah mengharungi berjuta-juta dugaan dan cabaran sebelum lahir ke dunia"

-ustaz pahrol mohd juoi-

No comments:

Post a Comment