Blogger Backgrounds
inikisahkauakudiamerekadansemuadikelilingkuastoryyouandIheshetheythemandpeopleIlove

Saturday, April 17, 2010

dunia hampir ke penghujungnya

ajal dan maut tiada siapa yang tahu. setiap kali berita kematian sampai kepadaku tiap kali itu jugalah aku berfikir bahawasanya dunia ini semakin nazak. dunia ini semakin kepupusan dengan insan-insan yang baik hati. semakin meniti hari yang mendatang semakin aku takut memikirkannya. memikirkan masa depan yang belum pasti. dan pastinya aku mahu menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. pemergian seseorang yang tanpa aku jangka akan pergi selamanya mennyedarkan aku, aaku berfikir bahawa ajal dan maut itu sungguh misteri. tiada sesiapa yang ada jawapannya bila dia akan pergi. keadaan sosial masa kini juga menyedarkan aku dunia kini tidak lagi sihat untuk generasi mendatang. sesungguhnya aku ingin punya masa depan seperti orang lain. punya keluarga sendiri tapi bila otak mathku berbicara berapakah kebarangkaliannya??? membuatkan aku semakin takut menghadapi kenyataannya.
tanda-tanda hampirnya kiamat sudah terlalu jelas. sudah terlalu terang untuk di suluh. sudah terlalu banyak untuk dijadikan contoh, sudah terlalu dekat aku rasakan. dan aku masih lagi antara manusia yang masih bernafas di atas muka bumi milik ALLAH ini. sesungguhnya aku takut sekali menghampiri hari-hari mendatang. sempatkah aku.... sempatkah aku menjadi seorang ibu, sesungguhnya setiap wanita mengingin kan untuk mendapat gelaran ibu tetapi sempatkah aku. sempatkah aku menghantar orang tuaku ke makkah biar mereka merasa melihat kaabah di dunia ini. menyempurnakan rukun islam ke lima.. sempatkah aku membalas jasa mereka selama ini?? sempatkah aku... aku semakin bimbang dengan suasana terkini. cukuplah dengan segala petanda yang dapat aku saksikan di Malaysia ini sudah terlalu cukup membuatkan aku berfikir untuk memekirkan keadaan aku kini... aku tahu aku manusia yang serba kekurangan.. manusia yang serba tiada.. manusia yang sememangnya kerdil di sisi Penciptanya tetapi aku yakin dengan janjiNYA, aku percaya sepenuhnya.. tapi inilah maunsia kerap kali berterbangan imannya apabila angin datang meniup.. biar kadang kala angin yang datang tidak begitu kencang tetapi sudah cukup kuat menggoyangkan ranting ranting iman yang ada di hati ku. aku sedar semuanya dan aku akur dengan kelemahanku ini. sesungguhnya aku cuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik supaya aku dapat yang terbaik di dunia dan juga di dunia yang kekal abadi di sana nanti. sesungguhnya Ya ALLAH hanya kepadamu sahajalah aku memohon, hanya Engkau yang maha mengetahui setiap sesuatu kejadian yang berlaku. dan yang pasti setiap yang hidup pasti akan mati akhirnya menemui Penciptanya cuma kita tak tahu bila giliran kita..

No comments:

Post a Comment