Blogger Backgrounds
inikisahkauakudiamerekadansemuadikelilingkuastoryyouandIheshetheythemandpeopleIlove

Saturday, June 16, 2012

melepas topup ku ... 0137906412

ahah.. malam ni macam senget je rase.

cerita nye bermula pabila kepala sudah pening dengan kerja di office tu.
Cepat- cepat bersiap mau pulang la. selesai maghrib bawa la kereta slow mo kat highway tu.
Malas nka race dengan audi sebelah tadi tu.. kang makan asap je..
(konon bawa laju la kan).
owh on the wat singgah pasar malam la  jap nnt weekend boleh la nak masak pape kan. Masuk je parking ternampak la seorang pakcik peminta sedekah sorang. Muka nampak letih sangat.
Sampai tertidur je tengok pakcik tu duduk bersanadar atas kerusi tempat orang lalu lalang tu.

Lantas terdetik dihati lama dah aku tak bersedekah. Aku pun keluar kan duit RM1 je pun.
Letak ke dalam bekas dia dan berdoa semoga rezekinya dimurahkan.

beli la barang macam biasa. banyak jugalah habis berbanding seringgit yang aku bagi kepada pakcik tu tadi.

Sampai rumah housemat dua orang tgh potong kepok lekor untuk di goreng.

sambil menunggu aku pun buka la laptop on9. masuk cimbclicks nak wat reload by cimb clicks la konon. 1st time sebenarnya nak wat sendiri.

Dalam hati cakap tak pe la dah alang-alang tak kan nk topup RM10 je kan.
Topup la rm 30. Sampai TAC notifiction trs la isi and submit.

seminit, dua minit, tiga minit...

Eh kenapa topup tak masuk lagi ni??
 Wondering..

Bace balik sms TAC tadi.. rupa-rupanya tersalah taip no telefon. tertukar 2 no belakangnya. Dalam hati mmg tak ikhlas dah la. Sedey nya .. sememangnya topup itu di perlukan ketika ini,..


tapi bila rewind balik apa yang berlaku hari ini sememangnya ada hubung kait, Sepatutnya aku lebih baik memberi lebih banyak kepada pakcik di pasar malam tadi tu.

Sememangnya dia uzur dan memerlukan. Tapi prejudis dalam hati kepada golongan peminta sedekah ini membataskan aku untuk memberi lebih banyak. Dan akibatnya ALLAH bagi tunjuk terus kepada diri sendiri. duit yang sepatutnya tadi akan jadi lebih bermakna sekiranya aku ikhlas memberi kepada mereka yang lebih memerlukan


tak sampai sejam. Teguran yang ingin ALLAH sampaikan kepadaku, hambanya sangat berhikmah dan bermakna.

Selepas ini ringan-ringan kan tangan untuk memberi

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.




No comments:

Post a Comment