Blogger Backgrounds
inikisahkauakudiamerekadansemuadikelilingkuastoryyouandIheshetheythemandpeopleIlove

Thursday, November 29, 2012

Merpatiku terbang tinggi

Merpatiku terbang tinggi
Tingginya tak tercapai tanganku,


Merpati putihku terbang,
Putihnya samar dimata,


Tiada beza dengan awan,
Hatiku muali jauh,



Jauhnya terbang berkelana di sana,
Sejauh itu kasihku di bawa pergi,

Jauhnya terbang sejauh hatiku,
Jarak pemisah raung dan waktu,

Merpatiku sesekali datang melambaiku,
Biar dalam mimpi,
Atau realiti,

Pulang merpatiku,
Hati gembira tak terkata,
Biar dalam mmimpi  namun tetap indah,

Lama dan jauh merpatiku pergi,
Kini kembali,
Mata ini rindu mencari melihat merpatiku,

Bagaikan tahu dia pulang kepadaku,
Rinduku terlerai,
Merpatiku masih seperti dulu,
Luarnya ya,
Dalamannya aku  masih tak tahu,


Merpatiku segak  kian bergaya,
Lagaknya mencuit hati,
Menarik perhatianku,
Pasti ramai yang menginginkannya,
Jikalau bukan untuk hidangan,
Mungkin sebagai peneman hidup merpati yang lain,

Kini yang pasti,
Merpatiku kini dimilik orang,
Merpatiku kini tak lagi pulang,
Merpatiku kini pergi tak dapat kupanggil pulang.

Terbanglah merpatiku,
Pergilah merpati putihku.


Sunday, November 18, 2012

si dia berbaju melayu maroon..

dalam sehari dua ni..kenangan dlu kembali segar di ingatan.

aha inila post lama yang ingin di imbas kembali.Baca title pun sudah dapat menebak siapakah gerangannya untuk post ini, walaupun it happens years ago. Kisah di pagi raya...



Si dia yang berbaju melayu maroon, bersongkok lengkap tidak bersampin,
Berkaca mata tampak berbeza,
Datang memanggil dipagi raya, 
Mengajak teman memulakan ziarah dipagi raya,
Biar tidak datang beraya ke rumah tapi dia datang memunculkan diri pagi itu,
Citra lumrah remaja, hati di ulit bahagia,
Mungkin jodoh, baju kami bagaikan berjanji,
Teman mengusik tiada kesudahan,
Hati rasa malu bagai tapi mahu. ahaha




Tapi itu kenangan lalu,
Kenangan lalu yang indah untuk di kenang,
Kerana sidia jauh untuk dicapai,
Kerana sidia hanya untuk bahan teman mengusik,
Kerana sidia begitu tinggi untuk dicuit hatinya,
Kerana sidia begitu jauh lagi berbeza, 
Bagai langit dengan bumi.

Dan kenangan itu seakan berulang kembali kini,
Kali ini bukan berbaju maroon tapi berbaju turquoise,
Lagi sekali bagaikan berjanji,
Situasinya berbeza kini...








Thursday, November 15, 2012

Untuk Yang Tersayang

End of year + cuti sekolah banyaklah majlis. tak kiralah majlis perkahwinan, pertunangan atau pun berendoi. Inilah masa yang dirasakan semua sesuai untuk berkumpul meraikan hari bahagia mereka. Justeru dalam tak sedar sebenarnya ramai dah kawan - kawan yang sudah dan bakal menamatkan zaman bujang mereka. Dah besar dan mampu rupanya untuk hidup bekeluarga. 

Saat hadir ke hari bahagia mereka terasa tak sabar ingin merasai perasaan sebegitu. Bahagianya mereka terserlah di mata, terasa di jiwa. Keberkatan dan mawaddah itu terasa dan membuatkan kami yang bujang ini juga ingin ada imamnya sendiri suatu hari  nanti.




Saat pernikahan/ ijab kabul  itu terasa tanggungjawab yang di beri untuk saling melengkapi, saling mengingati, saling membahagiakan, saling mempercayai.

Antara quote yang menarik untuk di renungkan dan di fikirkan bersama setelah melangkah ke gerbang perkahwinan.
Reading this quote from someone's wall : pasangan yang di nikahi oleh ulama tersohor negara...khutbah nikahnya tidak mengikut silibus...namun cukup bermakna...antara baris katanya yang membuat semua terpegun...adalah 





pasangan kamu itu adalah umpama persalinan paling indah yang pernah kamu miliki....dijaga elok...di basuh...dilipat...dijahit bila koyak...namun bila tiba masanya...ia akan lusuh...dan tidak selesa untuk dipakai lagi...namun bagi yang mencintainya kerana allah..pasti disimpan dengan elok dalam almari...manakala yang mencinta hanya dibibir pastinya hayat pakaian itu berakhir sebagai kain buruk...


petikan kata yang sayu oleh sibapa sejurus akad nikah anaknya...'aku mewasiatkan padamu untuk menjaga anakku sepertimana engkau menjaga dirimu sendiri...dan seandainya engkau ingin memulangkannya kembali...pulangkan dia dalam keadaan sepertimana aku serahkannya padamu disaat ini...



Sekitar kenduri kahwin Habibah Anuar 




Lambat sangat nak menunggu turn bergambar bersama pengantinkan... kami jelajah dulu bilik pengantinnya 




The girls of SKSC.. dulu kecik-kecik comey-comey je sekarang tggu romobongan meminang je  masing-masing


yang pasti bagi yang sudah berkeluarga, semoga keluarga yang dibina atas dasar cinta itu di berkahi oleh ALLAH yang Maha pemberi nikmat, semoga berbahagia hingga ke syurga abadi. Semoga rasa cinta itu akan menghasilkan buah cinta yang soleh dan solehah. Buah cinta yang lahir dapat menegakkan kebenaran islam, memperjuangkan syiar islam lebih dari ibu ayahnya. semoga buah cinta itu dapat menjadi penambah berat timbang pahala ibu ayahnya di sana nanti. semoga buah cinta itu nanti dapat terus memberi cahaya buat penarang alam barzakh ibu ayahnya. semoga buah cinta yang menjadi penyambung semai cinta ibu ayahnya dapat berbakti kepada ibu ayahnya, menyenangkan dan melapangkan hati ibu ayahnya.. 

Buat yang bergelar suami muda. rasa marah itu jangan terlalu didengari. sebaliknya gunakanlah 9 akal pemberianAllah kepadamu sebelum membuat keputusan. Sesungguhnya kuasa Talak itu ada denganmu jadi sebelum talak dilafazkan ingatlah dikau akan lafaz nikah mu ini yang disaksikan oleh saksi yang sempurna syaratnya...dan pastinya dengan perasaan gemuruh kamu itu tak tergambar rasanya...
jika kamu ingin melafazkan penceraian terhadap isteri mu biarlah bersaksi dan disertai rasa gemuruh sebagaimana rasa gemuruh sewaktu kamu memohon untuk disatukan dengan isteri kamu..

Semoga Berbahagia Selalu Hingga ke Syurga Abadi.....:)

Wednesday, October 24, 2012

The Name I Love The Most

Asyraf, ashraf...


The name I love to have the most honourable atau lebih mulia maksudnya. Dulu, hoping to date someone with this name. Not knowing why whoever hold this name have a good pic in my mind.I am really obsess with this name and as of now I only have around 3 friend with this name.OOps silap I have more than that.. They are all nice to have, good to know and love to be friends with them. Of course they are all good and excellent in their life. These people always impress me.

When someone name asyraf they are.......... to me:

excellent in study
generous.
genius
smart
quite mystery
life with their on style
skinny but still have the aura to melt the girls.
determine
stylish sometime


Ahaha these characteristics just from my own observation to all my friends who hold this name.
Nothing got to do with others yang tak ada kena mengena ye.

Ramai juga orang - orang yang bernama asyraf ni menjadi contoh contoh yang baik...

Contohnya:


Asyraf Imam Muda 


Ashraf Muslim yang berhijrah kepada kebaikan..


Hilal Asyraf dengan tulisan-tulisannya  dan nukilannya...


Yang ni Asyraf juga .. famous la sekejap sebab studenta Malaysia yang di belasah semasa rusuhan di LONDON  hari tu.
Kesian dia, dah baru first year duduk LONDON tu...


Ahah... Yang ini Asyraf yang bukan contoh yang baik,,



Whatever it is Asyraf is a good name. I will love their name first..

ASYRAF


P/s: Post ini tiada kena mengena antara mereka yang hidup ataupun yang telah meninggal  dunia. Hanyalah bingkisan dari hati yng tulus ikhlas...









Saturday, September 1, 2012

Kerana Dia



Kerana dia...

Sunday, August 26, 2012

Pesan Lecturerku..

Jangan cari jodoh yang sudah sempurna (karena emang gak ada lagi..), tapi carilah jodoh yang siap untuk saling menyempurnakan dalam proses yang diridhoin-Nya. Dan jangan cari jodoh yang setia kepada Anda, tapi carilah jodoh yang setia kepada Allah, agar Anda turut selamat di dunia dan akhirat.

Unrequited love is love that is not returned. Whether you are the one who loves or is loved, it can be a painful experience.

Selamat Hari Raya & Selamat Ke Alam Bukan Bujang

selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ini. 

mood nak raya dah hbs bila sampai kl ni dok igt keje je... 
teringat plak kat member2 yang nak kawin tu.. yang dah selamat tu alhamdulillah ,...
so lagu ini khas wat anda yang nak berlangsung   
this weekend 

1 september 2012

Amirah Haziqah & Afiq Aiman- di selatan (Johhor)
Anis arif  & pasangan (Alif rsenye)-di utara (Pendang)


Penghujung Cintaku - Pasha Feat Adelia

Lirik Lagu Pasha Feat Adelia - Penghujung Cintaku 

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu


Read more: http://mp3indodownload.blogspot.com/2011/03/lirik-lagu-penghujung-cintaku-pasha.html#ixzz24aC9f1iz