
apa yang berlalu biarlah berlalu; cita-cita adalah harapan yang belum pasti; dan bagiku adalah waktu yang kini sedang kita lalui.
tetaplah bersikap optimis dan penuh harapan walaupun ketika sedang dilanda badai yang sedang mengamuk.
kesedihan yang membunuh jiwa. kesedihan yang memakan jiwa dan badan. tak mampu lagi untuk di tanggung sehingga memudaratkan badan yang di pinjam dari pemilikNya. kisah dia yang berlaku kerana seorang lelaki yang tak pernah aku temui. kesedihannya meruntun jiwaku, rintihannya terdengar di hatiku. aku juga sedih m

aku sendiri bingung bagaimana?? mungkin aku yang masih cetek dengan pengetahuan. tak dapat membantunya meneruskan kehidupan yang masih panjang ini. aku hanya mampu bercerita.
percayalah sahabatku esok pasti akan tercium puspa yang wangi, mengusir segala kesedihan dan menjadi penglipur lara
dan ingatlah tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu, dan tiada suatu kesedihan pun yang boleh mengembalikan sesuatu yang hilang kepadamu.
dan akuilah, adakalanya jiwa ini mengeluh kerana musibah menimpanya, padahal ada jalan keluarnya amat mudah, semudah membuka ikatan.
sesungguhnya kebahagiaan itu ada di dalam diri kita, kerana itu hendaklah kita berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki diri kta sendiri.
sesungguhnya kita telah bersumpah demi waktu, bahawa kita akan mendapat apa yang kita inginkan sepanjang masa yang kita inginkan. kemudian kita juga telah bersumpah akan memberikan segala sesuatu yang kita sukai, maka wajar sekali kita bersedih hati jika kita kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai..
No comments:
Post a Comment