Blogger Backgrounds
inikisahkauakudiamerekadansemuadikelilingkuastoryyouandIheshetheythemandpeopleIlove

Thursday, November 29, 2012

Let's fresh up.. Can I survive????

Dilema bila bekerja, tensionnya disuatu hari sampaikan terasa ingin saat itu  juga menghantar surat resign. Tertekan dan stressnya terasa tak ingin lagi menghadap kerja -kerja ini.



Kerja yang tak tahu di mana penghujungya. Permasalahan yang berulang dan acap kali berlaku. tak sampai sebulan masalah yang sama terjadi lagi. bila masa ingin membuat perubahan sekiranya org lain tidak berubah. Inilah yang terjadi bila kita berubah sewajarnya seperti yang diminta tetapi yang lain masih di takuk yang lama. oh... penat rasanya, sia-sia rasanya.

Kerja ini seakan akan mencabar dedikasi komitmenku,
semakin hari semakin mencabar,
semakin hari semakin menuntut kesabaranku,
semakin hari semakin memerlukan komitmenku,
semakin hari semakin aku terasa cabaranya,
semakin hari semakin aku mematangkan diri,
semakin hari semakin sukar aku memahami situasi disini,
semakin hari semakin aku ingin lari,
semakin hari semakin ingin aku keluar dari permasalahn ini,
semakin hari semakin aku cuba berfikiran positif,
semakin hari semakin aku terasa kerdilnya aku,
semakin hari semakin akuu terasa banykanya benda yang aku tak tahu,
semakin hari semakin aku ingin berhenti dari sini.



Sampaikan aku terfikir mampukah aku unttuk terus berjuang disini,
mampukah aku untuk terus meniti denai pengalaman ini,
mampukah aku bertahan.
aku sendiri tdak pasti dengan diri ini,

aku sendiri tearsa aku seperti tidak mampu lagi.
aku sendiri terasa ingin pergi secepatnya,

meskipun yang ingin ku tinggal ini seperti meninggalkan bunga rose yang sedang mekar.


Di saat catatan ini ditulis bumi palestin mungkin berpestakan peluru-peluru tidak bermata, bom bom yang tak mengenal mangsa kanak-kanak wanita mahupun orang tua siapa yang terkena dia lah yang mungkin menyahut panggilan yang MAHA SATU ALLAH.




Namun, bumi palestin berperang secara zahir dan aku yang masih di bumi yang aman ini berperang dengan nafsu, amanah, amarah dan tanggungjawab kepada diri sendiri dan orang sekitar.

No comments:

Post a Comment