Blogger Backgrounds
inikisahkauakudiamerekadansemuadikelilingkuastoryyouandIheshetheythemandpeopleIlove

Tuesday, February 19, 2013

Wedding Sana Sini....

Belum pun habis bulan Feb tapi wedding invitation untuk bulan March sudah bersusun..
Sememangnya tak sempat untuk menghadirkan diri untuk semuanya. Terima Kasih atas ingatan dan jemputan kalian. Semoga berbahagia hingga ke JANNAH...

Yang masih single mingle lets be prepared.. sebab semua orang nak kahwin juga  kan...

Some recommendation for others and myself.

A good book to read, to understand what is love all about. Let be matured and be a thinker.


Buku yang mencelikkan akal dan minda. Menyedarkan diri sendiri supaya tidak hanya asyik di buai angan angan..
Pengertian Cinta yang lebih indah di terjemahkan. Mendewasakan diri dalam pembentukkan diri sendiri supaya generasi zuriat seterusnya jelas istilah cinta  dan tanggungjawab cinta dengan lebih matang serta atas rasa kesedaran untuk pembentukkan ummah secara keseluruhannya.

Sebab hidup ini ada hukum karmanya. What we give we get it back. Kalau kita berbakti ikhlas kepada ibu bapa kita insyaALLAH anak anak bukti cinta kita nanti akan berbakti kepada kita juga...


Buku yang banyak menceritakan realiti perkahwinan itu sendiri. Semoga yang sudah berkahwin semakin mudah dan semakin dekat mengejar pintu Syurga kerana ada teman untuk saling mengingati, ada teman untuk saling becerita..

Dua buah buku dengan gaya penulisan yang mudah dan tidak berat untuk di hadam. Walaupun sebenarnya buku Hilal Asyraf tu baru separuh je baca. hehehe....

Dedicate this song to those yang akan bernikah march ini...


Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta



Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta











Friday, February 15, 2013

Suddenly I Miss Bandung....

Memories of almost four years ago. Went to Bandung for Global Outreach Programme organised by our faculty. So lucky being selected as one of the participants because my roommate and me never put a high hope for being selected since we are in the second year not yet in a final year or sem.

Just went to the interview session and yeah,.. we are selected. just only three of us of second year went to bandung. during that time Malaysia Indonesia has some issues regarding tarian pendet, so a bit horrifying but thank to ALLAH nothing happens during we are there.


Fist time nak pergi indonesia ka across the sea... excited..


Bangun di awal pagi menunggu di bangunan HEP ni gerak ke KL.





Snap before boarding..



Then, yeah.. we are here in Bandung.
Lapangan Terbang Bandara Husien Sastranegara Bandung.

Check In hotel in Bukit Dago.
Berhadapan dengan kawasan perumahan prof maman.



First dinner in Bandung. Can't recall the restaurant name.

penuh dengan lukisan yang luar biasa restaurant ni..


Morning view in front of our room.

Wah kami melawat tempat membuat kapal terbang.

this is ours...

Yana lets fly back to Malaysia.

Programme at IT TELKOM.... 

Somewhere in IT TELKOM..


This one mase shopping around bandung area factory outlet...

Dinner at Mie Dago

Pic at ITB - Institut Teknologi Bandung.
Among the bbest 100 university in the world. Old university and born a lot of bijak pandai.




Di rumah Prof Maman... Makan yang sedap sedap....


Prof. Maman and families.


Tangkuban Perahu.. kawah putih...



Di ladang bunga yang cantik...















Tuesday, February 5, 2013

Wish You Luck In Taping...

Engineer trainee baru masuk. Dengar cerita masuk lambat sebab accident. 
Baru masuk dah kena buat 5S. Angkat kotak berat berat kemas store.
Tanpa kami warga PPIC ni tahu yang dia baru baik patah kaki sebab accident tu. Yelah kan PPIC ramai peremuan kan berat la nak angkat kotak kotak tu semua. Dia pun tak cakap apa-apa. Sampailah En. Zamri tu yang bagi tahu. Tapi tak ada bezanya sebab semua dah siapkan.

Sabtu yang lain pula masa sesi cat mengecat. Point yang diutarakan sendiri menjadi topik untuk dijadikan bahan oelh En. Zamri, Kak Zana, Kak Tini  and semua orang la. Pengakuan nak kawen dua. Rasalah di bahan semua orang.

Masuk deparment finishing dan masa tu adanya Din, dan En Basri. Macam senang je kerja dia. Buat improvement SPC. Memang tak banyak kerja dengan dia waktu tu. Sebab jalan kerja dan scope kerja memang berbeza. Tapi semua jadi lain bila si Din resign. kemudian En. Basri.
Kesian tinggal sorang. Semua dia kena buat. Kalau sebelum ni handle packaging dengan Din kemudain dia la yang kena amik alih. Rupan-rupanya bekerja dengan orang yang sama sama baru nak belajar ini lagi senang. Terasa senang bekerjasama.Lain dengan Din dulu. Dengan suara besar dia terasa apa yang nak kita utarakan nothing useless. Mungkin juga waktu tu baru lagi kan. Terasa banyak benda yang tak diceritakan kepada kita budak yang baru masuk ini.

Kerja dengan Asyraf ni senang la sebab sama sama try to improve diri masing masing and part kerja masing masing. Kemudian dapat pula dua projek yang kena sama sama usahakan. Bertambah penin la kami.

Tapi Asyraf dh resign. Got another better offer. Don't have gut to try to stop him sebab I know even not really understand what he has gone through before. Sebab diri sendiri pun rasa nak resign.



Whatever it is. Good Luck Asyraf kat tempat baru.. Dreamedge kan.. Jauh sampi ke utara nu.. tepen..
Terima kasih untuk semuanya  selama kita kerja bersama. Minta dimaafkan kalau ada yang terlepas cakap, termarah tak tentu pasal, terkata yang bukan bukan, termoody tanpa sebab musabab ye.
Minta dihalalkan kalau ada terlebih belanja  tak sempat nak bayar balik. Kenangan la ada officemate macam Asyraf. Banyak benda yanng dapat belajar dari dia...

Semoga menjadi engineer yang dicita citakan..

Panjang umur murah rezeki insyaALLAH kita jumpa lagi nanti... Bye Asyraf... 




January to be remembered.


berhabuk bersawang sudah blog ni gara gara lama sudah tidak mengupdate cerita.
Cerita january yang sanagat mencabar kekuatan diri dan career sampaikan surat resign sudah dimeja untuk samapai ke meja bos (Kak Zana).

January yang banyak masalah, january yang setiap hari berlainan permasalahnyang timbul,
Sampai suatu saat terasa bingung tak tahu mana lagi puncanya,
sampai satu ketika sesat dalam terang,
sesat dalam data yang banyak,
sesat dalam kata kata orang ini,
cakap cakap orang situ,
pening melayan kerenah manusia



sampaikan rasa letih ini tak berpenghujung,
terasa apa yang diusahakan selama ini sia sia,
ibarat mencurah air ke daun keladi,
ibarat pisau yang diasah tidak juga tajam,
terasa jemu,

saban hari masalah yang sama terjadi,
saban hari masalah yang sama berulang,
saban hari konsep masalh yang sama terjadi,
saban hari kena menjawab masalah yang berulang,

penat ini terasa tak hilang,
letih melayan manusia yang tak mahu menerima,
cara kita salah semuanya,
cara mereka yang betul,
bila disiasat di tanya kenapa?
kita pula seolah olah cuba mencari salah mereka,
kita menyiasat supaya ia tidak berulang,
tapi jawapan yang dapat.....
kosong...
tak ada input..
tak ada bukti..



seolah olah kita sengaja mencari salah mereka,
seolah olah kita tidak berusaha memperbetulkannya,
bila disuruh cara kita kononnya menambah kerja mereka,
tapi dalam tak sedar sebenarnya yang disuruh itu untuk backup mereka juga,
sakitnya hati bila disindir,
sakitnya hati kononya kita ini seolah olah memandai mandai,

tak faham dengan mereka mereka ini,
kononnya sudah lama bekerja,
tapi masih tak tahu mana punca masalahnya,
kononya pengalaman berbelas tahun,
sepatutnya setiap belok setiap lenggok sudah boleh di tebak,
kita ini masih budak hingusan yang tak tahu apa apa,
masih belum memahami lenggok gayanya,
sampaikan terfikir yang sebenarnya kenapa mereka-mereka ini terlalu liat untuk menerima,
seolah-olah pengalaman bertahun itu membina tembok ego yang tinggi mungkin,
sampaikan idea kita seolah olah membebankan mereka,
tapi dalam tak sedar sebenarnya perbuatan mereka seakan-akan menyalahkan orang tanpa bukti,
kita suruh mereka bekerja mengikut standard supaya ad buktinya,
supaya senang untuk kita mencari mana salah silapnya,
tapi kita pula yang salah,
sakitnya hati ini.



ibarat luka kecil terkena pisau,
cuba dirawat tersalah ubat,
bernanah berlendir,
kecil....
tukar ubat,
tak berpantang pula,
membesarlah lukanya,
bertambah bernanah, bertambah berlendir,
busuknya semua terasa,
tapi sakitnya sorang je yang rasa.
Orang pandai memberi cara dan kaedah untuk merawat,
tapi bukan tolong merawat,
engkau yang sakitkan, cucilah la luka tu sendiri,
sakit luka untuk di cuci di tanggung sorang sorang walaupun orang yang sakit tu pun tahu apa yang dia boleh buat,
tapi kononnya pengalaman mereka lebih kebal mungkin,
sampaikan melarang cara kita sendiri,

penat...
letih..
fedup...

kalau setiap pagi buka email,
masalah yang sama,
mungkin jodohku disini tak panjang,
meskipun nanti ada pembantu kononya,
tapi sebenarnya bukan,
dia menggantikan dan aku dapat job scope baru,
yang dapat di bayangkan cabarannya,
kalau senario ini masih berterusan,
kalau masih irama yang sama berkumandang,
mungkin terpaksa mengundur,
sebab manusia ad limitation untuk menerima rejection,



sebab aku masih budak hingusan yang cepat letih dan
fedup nak melayan mereka yang pada pandangan aku lebih matang sepatutnya,
tidak beremosi lebih,

Monday, February 4, 2013