Tuesday, August 31, 2010
buat dia...
Posted by
Daisy...
at
1:33 PM
wahai pemilik tulang rusukku,
moga bicara hatiku ini sampai kepadamu
tika ini ku kubuka hatiku
mencoret tinta harapan yang kudambakan
ketahuilah engkau bahawa
aku mencintaimu
sesungguhnya
aku mengharapkan cintaku ini
umpama pokok yang subur
menghasilkan buah yang masak ranum
menjadi bekalan kita kelak
di hari segala penentuan
aku memupuk cintaku kepadamu
agar cintaku
tidak membawa kau dan aku
hangus di bakar kelak
aku memupuk rasa sayangku kepadamu
demi mengharapkan redha Ar Rahman
aku memupuk rasa kasihku
moga kasih ini menjadi jejambat kita
kepada yang Maha Pengasih
aku tahu kau mempersiapkan dirimu demiku
justeru aku juga begitu
akan kujaga diriku sebaiknya
akan kutunngu saat itu
semoga aku tidak tampak canggung di kananmu
semoga aku menjadi orang kanan terbaik buatmu
moga jemputanmu penuh dengan hikmah
moga khabaranmu datang dengan berkahNya
moga aku dan kau di berkahiNya
kerana aku ingin cinta kita
menifestasinya SyurgaNya
kerana aku mahu kita bercinta
bukan sekadar di dunia ini
tetapi juga di Syurga nanti
ingatlah pemilik rusukku
jangan kau ragu akan setiaku
jangan kau bimbang kemana akan ku pergi
kerana rusuk ini jika ternyata memang darimu
maka dengan izinNya kita bersama
usahlah kau khuatir
mantapkanlah dirimu dalam segala hal
kerana kelak aku mengharapkanmu
menjadi imamku
menjadi panglimaku
menjadi pembimbingku
aku sudi menantimu biar selama manapun
selagi rasa cinta ini kukuh
bersama cinta kita kepada yang Esa
selagi rasa sayang ini
diiringi dengan redha Pemilik jiwa yang hakiki
selagi kasih ini mendidik kita supaya lebih mencintaiNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment