Setelah sekian lama tak menulis. Kini kembali mengh'update' tapi tidak lagi aura negatif tentangg stress nya bekerja kerana permasalahan kerja selesai sebaik tercium haruman indah kiriman dari syurga.
Baru 2 minggu menjenguk dunia yang hampir ke penghujungnya. Tak hilang lagi bau haruman syurga.
Sangat menyenangkan, sangat indah.
Puteri kedua buat Abg Wan & Kak Ema sepupuku.. Nur Qistina Qaisara yang bermaksud Cahaya permaisuri keadilan.
Semasa lahir besar sikit dari kakak 3.2kg. Muka sama macam si Balqis semasa kecik -kecik dulu.
Semoga puteri ini akan sentiasa memperjuangkan keadilan dan mengembalikan hak kepada yang berhak.
P/S: Gambar dari FB si papa... Pinjam sekejap ye...
Inilah adik kepada Nur Qistina Balqis yang semakin banyak cakap....
Si balqis yang dah 3 tahun mengerti kehadiran orang baru yang dirasanya akan 'menganggu gugat' kedudukannya. hahaha..
Tiap bicaranya yang terluah darinya bagaikan org sudah tak peduli dengannya . gelihati dengan telatah anak kecil ini yang semakin petah berbicara dan bermain dengan kata-kata.
Semoga Balqis jadi kak yang baik dan anak yang solehah ye... Aqish yang sayang adik sangat...
Sangat seronok melayan budak kecil yang petah dan aktif sebegini. Hilang segala masalh keje den....
Mungkin sebab mereka yang suci masih belum ternoda dengan dosa. Melayan mereka seolah olah kesucian mereka tempias kepada kita.
Kesucian dan ketenangan yang tidak dapat kita rasa lagi kini.
Jadinya cara termudah mencari ketenangan adalah melayan budak budak ni la... hehehhe...
No comments:
Post a Comment